Dari Abdullah Ibnu Umar ra bahwa Rasulullah saw bersabda “Ketika saya sedang tidur, saya bermimpi melakukan tawaf di
Kaabah, lalu ada seorang berambut lebat yang meneteskan air dari
kepalanya, lalu aku tanyakan siapakah ini, mereka menjawab, ”Ibnu
Maryam as”, kemudian aku berpaling dan melihat seorang laki-laki yang
gemuk, berkulit merah, berambut keriting, matanya buta sebelah, dan
matanya itu seperti buah anggur yang masak (tak bersinar). Mereka
mengatakan, ”Ini Dajjal”.
Dia adalah orang yang paling mirip dengan Ibnu Qathn, seorang laki-laki dari Khuza’ah.” [HR al-Bukhari, dan Muslim].
Dari Anas, beliau berkata, Rasulullah saw bersabda, Dajjal itu matanya terhapus (buta), tertulis di antara kedua matanya kafir, kemudian beliau mengejanya, kafir yang boleh dibaca oleh setiap orang muslim dan di antara kedua matanya terdapat tulisan “kafir” (HR Muslim)
Pada hadis pertama di
atas menyebutkan beberapa ciri fizikal dajjal, iaitu postur tubuhnya
gemuk, kulitnya kemerah-merahan, sebelah matanya buta, matanya seperti
buah anggur yang masak. Dan pada hadis kedua disebutkan ciri yang lain, yaitu tertulis huruf kafir di antara kedua matanya.
Tanda itu boleh dipahami
oleh setiap muslim baik yang boleh membaca maupun yang buta huruf.
Ummu Syuraik bertanya kepada Rasulullah tentang hari dajjal : "Ya
Rasulullah ke mana orang-orang Arab ketika itu?".
Rasulullah
menjawab "Jumlah mereka pada waktu itu terlalu sedikit. Mereka lari ke
Baitulmaqdis menjumpai Imam (Imam Mahdi) mereka.
Ketika Imam mereka sudah berdiri di
depan untuk mengimamkan solat subuh, tiba-tiba datang Isa Bin Maryam.
Imam itu mahu mundur untuk memberi peluang kepada Isa, tetapi Isa
sambil memegang bahu Imam itu berkata : "Teruskanlah, sesungguhnya
Iqamat dibacakan untuk engkau".
Maka sembahyanglah mereka semua dibelakang
Imam tadi. Selesai solat, Isa A.S. berkata kepada semua jemaah :
"Bukakan pintu itu". Mereka membuka pintu Masjid itu, tiba-tiba Dajjal
sudah berdiri disitu dan dibelakangnya ada 70,000 orang Yahudi lengkap bersenjata. Melihat Isa A.S.
ada di dalam masjid itu, Dajjal tiba-tiba sahaja cair seperti cairnya garam disirami air. Dajjal lari kerana ketakutan Isa terus sahaja mengejarnya kemudian menjumpainya di Babu Luddi dan disitulah Isa A.S. membunuhnya.
Orang-orang Yahudi cuba melarikan diri dan bersembunyi tetapi semua benda tempat mereka bersembunyi akan berkata-kata dengan izin Allah. Benda-benda dmaksudkan termasuklah dinding, batu, pokok, kayu dan termasuk juga sepohon pokok berduri (disebut pokok Yahudi).
Pintu masuk ke kota Lod. Tempat Dajjal akan dibunuh. Jauh tempat ini dari Jeruselem lebih kurang 45 km
Kawasan berbukit yang subur di kota Lod, kota yang berumur 2000 tahun
Lod (Bahasa Ibrani: לוֹד; Arab: اَلْلُدّْ, al-Ludd; Greco-Latin Lydda), juga dieja dan disebut Ludd, ialah sebuah bandar Daerah Tengah, Israel, sekitar 20 kilometer di tenggara Tel Aviv dan 3 kilometer utara Ramallah. Pada akhir tahun 2007, kota ini berpenduduk 67,000 orang, dimana 80% daripadanya adalah dari kaum Yahudi, manakala 20% lagi dari
umat Arab Palestin berikutan projek perluasaan tapak penempatan haram
Yahudi.
Nama lama kota ini, selama ribuan tahun, ialah Lydda, Lydea dan Al-Lydd, dan kota ini juga terkenal dengan nama Diospolis. Dalam Injil 1 Tawarikh 8 dsebutkan
bahawa kota ini menjadi tempat tinggal bagi Suku Bunyamin (anak kepada
Nabi Yaakub a.s. dan adik kepada Nabi Yusuf a.s.). Kononnya, di tempat inilah Santo Peter menyembuhkan seseorang yang mengalami penyakit lumpuh, seperti yang dsebutkan dalam Kisah Para Rasul 9: 32-38.
Di kota ini ada sebuah gereja yang dkenali
sebagai: Gereja Santo Georgius dan sebuah Masjid yakni: Masjid
El-Chodr. Bahagian tempat peribadatan itu membentuk kompleks bangunan,
gereja dan masjid itu juga memiliki pintu masuk yang unik.
Kota ini dikenali
kerana mempunyai sistem Bandar Antarabangsa yang mempunyai banyak
persamaan dengan Bandar Tel Aviv yakni Bandar Ben Gurion. Setakat ini
telah adanya jalan raya dan jalur KA yang menghubungkan kota ini dengan
Tel Aviv.
Lapangan terbang utama Israel, Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion (dahulunya dkenali sebagai Lapangan Terbang Lydda, RAF Lydda, dan Lapangan Terbang Lod) terletak dbandar ini. Mengikut perspektif Islam pula, di pagar/tembok Kota Lod inilah akan terjadinya pembunuhan Dajal oleh Nabi Isa a.s..
Dalam
hadits Nawwas bin Sam’an yang panjang yang membicarakan kemunculan
Dajjal dan turunnya Isa alaihissalam, Rasulullah shalallahu alaihi
wasallam bersabda:
“Ketika Allah telah mengutus al-Masih Ibnu Maryam, maka turunlah ia di menara putih di sebelah timur Damsyik dengan mengenakan dua buah pakaian yang dicelup dengan waras dan zafaran, dan kedua telapak tangannya diletakkannya di sayap dua Malaikat; bila ia menundukkan kepala maka menurunlah rambutnya, dan jika diangkatnya kelihatan landai seperti mutiara.
Maka tidak ada orang kafir pun yang mencium nafasnya kecuali pasti
meninggal dunia, padahal nafasnya itu sejauh mata memandang. Lalu Isa
mencari Dajjal hingga menjumpainya di pintu Lud, lantas dibunuhnya Dajjal hingga menjumpainya di pintu Lud, lantas dibunuhnya Dajjal. Kemudian Isa datang kepada suatu kaum yang telah dilindungi Allah dari Dajjal, lalu Isa mengusap wajah mereka dan memberi tahu mereka tentang darjat mereka di syurga.” (Shahih Muslim, Kita Al-Fitan wa Asyrathis Sa’ah, Bab Dzikr Ad-Dajjal 18:67-68)
Aus bin Aus Ats-Tsaqafi meriwatkan bahwa Rasulullah shalallhu ‘alaihi wasallam bersabda, “‘Isa bin Maryam akan turun di Menara Putih sebelah timur Kota Damsyik.” (HR Thabrani)
Menurut Ibnu Katsir Nabi Isa akan turun disisi menara sebelah timur Masjid Jamik Umawi iaitu di sebelah timur Damaskus/Damsyik.
Menara tersebut telah diperbaiki pada zaman Ibnu Katsir iaitu pada tahun 741 Hijrah. Pembiayaanya diambil
dari harta orang-orang Nasrani yang sebelumnye telah membakar menara
tersebut.Hafiz Ibnu Katsir dalam an-Nihayah berkata, “Inilah pendapat
yang lebih masyhur tentang tempat turunnya Isa, iaitu di menara putih di timur Damsyik. Dan saya telah melihat di sebagian buku bahwa Isa turun di menara putih sebelah timur Jami’ Damsyik. Mungkin inilah yang lebih valid dan bunyi riwayatnya, ‘Maka dia turun di atas menara putih yang ada di timur Damsyik’. Jadi rawi membuat redaksi sendiri sesuai dengan apa yang dia fahami.
Dan di Damsyik tidak ada menara yang dikenali dengan menara timur kecuali menara yang berada di timur Jami’ Umawi dan inilah yang lebih cocok dan lebih sesuai kerana Isa turun pada saat didirikannya shalat…” (An-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim I/192)
Menurut
Sami bin Abdullah Al-Maghluts pula dalam bukunya Athlas Tarikh
al-Anbiya’ wa ar-rosul (atlas sejarah nabi dan rosul) ada dua buah
menara yang sangat mirip sebagaimana disebutkan dalam hadist di atas. Kedua menara itu adalah menara Masjid al-Umawi (Umayyah) yang di
bangun oleh al-Walid bin Abdul Malik (lihat atlas hadist karya Syauqi
Abu Khalil) dan menara tembok damaskus. Kedua tempat tersebut memiliki
kemiripan yang diduga disana lah Isa AS akan turun.
Sifat Dan Rupa Nabi Isa Alaihissalam
Adapun
sifat-sifatnya maka Nabi kita saw telah menyatakan bahawa Isa adalah
laki-laki berperawakan sedang tidak tinggi tidak pendek, berwajah bulat,
berkulit kemerah-merahan, berdada lapang, orang yang paling mirip
dengannya adalah Urwah bin Mas’ud ast-Tsaqafi.
Dari Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah saw bersabda, “Antara diriku dengan Isa tidak ada nabi, dan sesungguhnya dia pasti turun. Jika kalian melihatnya maka kenalilah dia. Sesungguhnya dia berperawakan sedang, putih kemerah-merahan, dia turun di antara dua potong baju berwarna kekuning-kuningan, kepalanya seolah-olah menetes walaupun tidak basah, dia memerangi manusia di atas Islam, lalu dia mematahkan salib, membunuh babi dan menghapus jizyah. Pada masanya Allah menghancurkan semua agama kecuali Islam, dia membunuh al-Masih ad-Dajjal kemudian tinggal di bumi selama 40 tahun kemudian wafat dan kaum muslimin menshalatkannya.” (HR. Abu Dawud, al-Hakim dan Ibnu Khuzaimah)
Dari
Abu Hurairah, Nabi saw bersabda, “Pada malam Isra’…. Dan saya bertemu
dengan Isa. Lalu Nabi saw menjelaskan ciri-cirinya, ‘Orangnya sedang,
kulitnya kemerah-merahan, seolah-olah dia habis mandi, saya melihatnya…’.” (HR. al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi)
Dari
Jabir bin Abdullah bahawa Rasulullah saw bersabda, “Saya bertemu
dengan para nabi, ternyata Musa…. Saya melihat Isa bin Maryam, ternyata
orang yang paling mirip dengannya adalah Urwah bin Mas’ud….” (HR.
Muslim dan at-Tirmidzi)
Dari Abdullah bin Abbas Rasulullah saw
menceritakan malam Isra’nya, beliau bersabda, “Saya melihat Isa
berperawakan sedang kemerah-merahan berambut lurus….” (HR. al-Bukhari
dan Muslim)
sumber
Selasa, 06 Maret 2012
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
1 komentar:
terima kasih infonya sangat bermanfaat gan
Posting Komentar